© NI Inspirations 2004

rekaan cyberibu.com

untuk resolusi 1024 x 768

maklum-balas: admin@nurirsyad.com

 

 

PENGURUS/PEMBIMBING NI

Cik Faridah Ahmad

idah@nurirsyad.com

 

 

KUMPULAN NI

nor@nurirsyad.com

afham@nurirsyad.com

aki@nurirsyad.com

zaini@nurirsyad.com

 

 

 

:: nazam ma'rifatullah | amanah remaja | nur irsyad ::

ALBUM BARU!

NAZAM MA'RIFATULLAH

 

“Sembahlah Tuhanmu seolah-olah kamu melihatNya dan jika tidak dapat demikian rasakanlah bahawa Dia sentiasa melihat kamu”


Dedikasi


Ya Allah, Tuhan yang dicinta lagi dirindu
Nazam Ma’rifatullah disusun khas untuk-Mu
Demi cinta dan rindu kami kepada-Mu
Demi juga rasa kesyukuran kami kepada-Mu
Di atas Ma’rifatullah yang dianugerah-Mu
Kepada kami, hamba yang tidak bermutu.

Ya Allah, sekiranya ada pahala Kau berikan
Setiapkali Nazam ini didendangkan
Kami mohon dikongsikan
Bersama mereka yang menjayakan
Juga keluarga kami, sahabat dan taulan
Serta umat Islam yang tidak dilupakan.

Ya Allah, semoga dengan dendangan
Nazam Ma’rifatullah yang disusunkan
Ramai yang Engkau beri Pengenalan
Membuat air mata mereka bercucuran
Kerana menyaksikan Kebenaran
Bahawa Engkau sebenar-benar Tuhan.

Wassalam,
Hj Hussien Bin Abdul Latiff
Penerbit Eksekutif
April 2007 / Rabiul Awal 1428H



Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang telah mengizinkan album ini dilahirkan. Kau yang merancang, Kau jua yang menentukan. Syukur di atas segala bimbinganMu menerusi ilham-ilham yang indah, teguranMu di setiap detik kami terlalai, bantuanMu yang telah banyak mempermudahkan segala urusan kami. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui akan segala keperluan kami.

Projek yang telah berjalan selama empat bulan ini merupakan projek yang sangat istimewa buat kami kerana ia bukan saja mengajar kami untuk berdikari menerbitkan album ini sendiri tetapi yang lebih penting ia jua telah mengajar kami berdikari menguruskan kehidupan di dunia ini dengan bergantung kepada Allah sahaja sebagai sumber rujukan. Perbetulkan niat, ikhlaskan hati, adakan Allah di setiap detik, berserah dan redha bila diuji, insya Allah kita kan berjaya di dunia dan di akhirat nanti.

Ampun dan maaf kami pohon sekiranya terdapat apa jua kekurangan di dalam penerbitan album ini. Semoga album Nazam Ma’rifatullah yang telah dihidangkan dalam pelbagai rentak ini akan dapat membawa pendengarnya mendekati Penciptanya dan mencapai makam yang tinggi insya Allah serta mendapat keredhaanNya, amin.


Wassalam,
Faridah Ahmad
Penerbit
April 2007 / Rabiul Awal 1428H




Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan atas kurniaan ni’mat dan rahmat yang tiada putus hingga kini. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi muhammad saw. Projek “Nazam Ma’rifatullah” ini hanya berbekalkan doa pada yang Satu dan keyakinan bahawa Allah senantiasa bersama-sama kami dalam menjayakan projek ini, kerana Dia sangat dekat. Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga dan para sahabat yang turut mendoakan kami. Akhir kalam dari kami, semuanya Dia!


Wassalam,
Warga Nur Irsyad
April 2007 / Rabiul Awal 1428H

 

*Semua sedutan memerlukan Windows Media Player.

 

PENGHARGAAN

Penerbit Eksekutif : Hj Hussien Abdul Latiff
Penerbit : Faridah Ahmad
Artis : Nur Irsyad
Suara Utama : Nor Muhammad Ali
 

Suara Latar :

Nik Ahmad Afham Nik Abdullah,

Md Rozaini Md Rahim,

Md Izzaki Nasir
 

Suara Tambahan (Doa, Allahu Rabbi, Rintihan Perpisahan) :

Adik Muhammad Rezanuddin Ahmad,

Adik Nurdiyana Samsudin,

Adik Nurulhuda Samsudin,

Md Amri Bakri,

Md Shahrul Abd Razak,

Md Rusyiduddin Rahmat
 

Susunan Muzik & Suara : Nor Muhammad Ali, Faridah Ahmad
Pemain Perkusi & Programming : Nor Muhammad Ali
Jurutera Rakaman : Nor Muhammad Ali
Mixing & Mastering : Nor Muhammad Ali
Studio Rakaman : NI Productions
Reka Bentuk Sampul : Md Izzaki (Panadolz Creative)
Juru Gambar : Shahran Ali
 

Terbitan :

NI Inspirations
Goodview Gardens
384 Bukit Batok West Avenue 5
#02-328, Singapura 650384
Tel : 67260715
email : admin@nurirsyad.com
url : www.nurirsyad.com

C & P (Copyright & Publishing) : 2007 Hj Hussien Abdul Latiff

PERHATIAN:

SEMUA HAK PENGELUARAN DAN PEMILIK KERJA-KERJA RAKAMAN INI ADALAH TERPELIHARA. OLEH ITU PERSEMBAHAN DI KHALAYAK RAMAI, PENYIARAN ATAU PENIRUAN TANPA KEBENARAN RAKAMAN ADALAH DILARANG.
 

 
 
 

utama | album | biodata | galeri | keratan | e-interaksi | diari